SEJARAH PERUBATAN
i. Sebelum kedatangan Islam
😁 Ilmu Perubatan telah diambil dari pengaruh kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun ISLAM.
( Ismail Saad, 1985 )
😁 Ilmu kuno itu berasal dari ilmu perubatan Yunani atau Hippocrates dan juga amalan-amalan perubatan dari Tamadun India dan China
( Ismail Saad, 1985 )
😃 Pengaruh-pengaruh kuno ini kemudiannya dimajukan lagi dengan disiplin ajaran ISLAM dan dibentuk dengan acuan ISLAM.
( Nizaita Omar, 2016 )
😊 Akibat daripada berlakunya peperangan, penyakit yang melanda umatnya serta serangan puak Barbarian yang menyerang Itali lalu meruntuhkan empayar Rom, kemajuan perubatan berkonsepkan aliran Yunani ini mulai runtuh kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah.
( Ismail Saad, 1985 )
ii. Selepas kedatangan Islam
😃 Perkembangan ilmu perubatan amat menyerlah dan perkembangannya disokong sebagai fardhu kifayah yang lebih utama dari fardhu kifayah yang lain. Perkara ini diperakui oleh Imam al-Ghazali yang pernah membantah sikap masyarakat pada zamannya yang hanya menekankan persoalan fiqh semata-mata sehinggakan bidang perubatan ini dimonopoli oleh orang bukan Islam.
(al-Qardhawi, 1995)
😃 Kesyumulan dan Keagungan Islam yang tidak menolak sebarang bentuk ilmu kepada umatnya walaupun ianya daripada bukan Islam merupakan punca utama kegemilangan ilmu perubatan Islam.
( Nizaita Omar, 2006 )
😚 Antara faktor dalaman yang mendorong umat Islam untuk menguasai ilmu sains dengan cemerlang dan gemilang adalah wujudnya sifat keterbukaan dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam.
( Alias Azhar, 2010 )
👨 Aplikasi dan implikasi sains juga menjadi lebih realistik dan bukannya sekadar mistik.
( Alias Azhar, 2010 )
😂 Ibn Sina dan Al-Razi telah mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam.
( Mohd Koharuddin, 2002 )
😍 Perkembangan ilmu perubatan Islam ini dapat dikategorikan kepada dua tahap :-
a) Era Penterjemahan ( Tahap Pertama )
b) Era Penciptaan dan Perkembangan ( Tahap Kedua )
( Mohd Koharuddin, 2002 )
No comments:
Post a Comment