PERUBATAN
👉 Amalan
perubatan Islam dipecahkan kepada 7 bahagian :-
i) Penyembuhan
ii) Sains Pergigian
iii) Obsteterik
iv) Ginekologi
v) Sains Mata
vi) Penyakit Kanak-Kanak
vii) Psikiatri
( Mohd
Koharuddin, 2002 )
👉 Tradisi
perubatan Islam bermula dengan mengikut tradisi perubatan yang dimulakan oleh
Nabi Muhammad s.a.w dalam mengubati penyakit terutama dalam penjagaan diet,
sakit kepala dan lain-lain, tradisi ini dipanggil Tibb al-Nabi (
Medicine of the Prophet )
(
Mohd Koharuddin, 2002 )
👉 Kegemilangan
Sains Dan Teknologi dalam kerajaan Abbasiyyah dipacu oleh faktor seperti
peranan khalifah, peranan orang perseorangan, hubungan dengan
negara luar dan amalan polisi sains negara yang mantap melibatkan kegiatan
penterjemahan, penubuhan akademi seperti observatori dan perpustakaan, serta
naungan kepada saintis dan penghasilan karya dalam bahasa Arab.
(
Roziah Sidik et.al, 2004 )
👉 Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam.
Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam Oftalmologi sekrang
adalah berasal dari orang arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang
penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya.
(
Mohd Koharuddin, 2002 )
👉 Sumbangan
Islam dalam bidang farmasi juga besar, melibatkan proses dan
penyediaan ubatan yang lebih maju dan baik. Tamadun Islam telah memperkenalkan dos
ubat seperti salap, serbuk, sediaan berminyak, pes, serbuk mata, pembalut,
dentifis dan sebagainya.
(
Mohd Koharuddin, 2002 )
👉 Ibn al-Baitar melalui kitabnya al-Mughni fi
al-Adawiyah al-Mufradah menyenaraikan tidak kurang daripada 1400 jenis
ubat dari pelbagai sumber seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan galian.
(
Mohd Koharuddin, 2002 )
👉 Al-Kindi
juga telah menghasilkan buku-buku penting yang berkaitan dengan ubat-ubatan
terutama tentang ubat sebatian dan campuran yang kompleks.
(
Mohd Koharuddin, 2002 )
👉 Dalam
tamadun Mesir, bidang perubatan merupakan profesion tertua. Orang Mesir
merupakan masyarakat yang pertama menyelenggarakan buku-buku yang mengandungi
senarai nama ubat-ubatan dan proses menyediakan ubat-ubatan tersebut. Antara
bahan yang digunakan sebagai ubat ialah minyak jarak, mandragora,
jintan putih, candu, tanduk rusa jantan, kulit penyu dan ketumbar.
(
Mohd Koharuddin, 2002 )
👉 Ilmu perubatan yang diasaskan oleh
orang Mesir telah mempengaruhi masyarakat lain di seluruh dunia hingga mereka
mempelajarinya seperti orang Rom, Parsi dan orang Arab sendiri. Pengalaman dan
pengetahuan orang-orang Meir dalam bidang ini terkandung dalam teks-teks
perubatan terutama yang dihasilkan ileh Thoth dan Imhotep.
(
Mohd Koharuddin, 2002 )
ASTRONOMI
👉 Orang Islam telah menterjemah banyak karya-karya Yunani kepada
bahasa Arab. Selain Yunani,mereka juga menterjemah karya-karya astronomi dari
Parsi,Syria dan India.Ilmu-ilmu astronomi ini telah diperkemaskan lagi oleh
para sarjana Islam.
👉 Dakwaan
yang mengatakan ummat Islam hanya pandai menterjemah adalah tidak betul. Mereka
bukan sahaja menterjemah,malah melakukan banyak pembetulan terhadap
kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karya yang diterjemah.
👉 Tentu
sekali sumbangan para pengkaji Islam sangat besar. Hal ini dibuktikan pada
tahun 1935 apabila the International Astronomical Union telah menamakan formasi
gunung-gunung yang terdapat di bulan menggunakan nama tokoh astronomi
Islam. Contohnya al-Farghani (al-faraganus), al-Battani (al- Bagtanius),
al-Sufi (azophi), al-Haytam (Alhazen), al-Zarqali (alzactel), dan
lain-lain.
MATEMATIK
👉Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan
yang amat besar dan bermakna dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka
banyak mencipta perkara-perkara baharu yang menjadikan ilmu matematik lebih
mudah dipelajari.
👉Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam dalam bidang ini
ialah memperkenalkan sistem angka baharu termasuklah angka sifar. Sistem angka
mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini
telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik.
👉 Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar
bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan
untuk penjumlahan.
PENERBANGAN
👉 Tuntutan peradaban Barat yang selama beberapa
abad mengaku sebagai perintis di bidang aeroangkasa akhirnya tercabar.
Kira-kira 600 tahun sebelum Roger Bacon dan Leonardo Da Vinci cuba untuk
terbang menerokai angkasa, saintis Muslim di abad ke-9 M telah berjaya
melakukan uji coba penerbangan dengan teknologi yang dikembangkannya.
👉 Para ahli penerbangan dan sejarah Barat mengakui
pencapaian peradaban Islam dalam dunia penerbangan yang sebelumnya tak pernah
terpikirkan itu. '' Ibnu Firnas adalah manusia pertama dalam sejarah yang
melakukan percubaan saintifik untuk melakukan penerbangan, '' ujar Sejarawan
Barat, Philip K Hitti, dalam bukunya yang bertajuk History of the Arabs.
👉 Pencapaian yang berjaya ditorehkan ilmuwan
Muslim di era kejayaan Kekhalifahan Islam di Andalusia itu juga mendapat
pengiktirafan dari pakar aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), Richard P Hallion.
Dalam sebuah kesempatan, Hallion menyatakan, sejarah penerbangan dunia tak
boleh melupakan pencapaian Ibnu Firnas.
No comments:
Post a Comment