13 April 2017

LAHIRNYA TOKOH-TOKOH ISLAM DALAM BIDANG SAINS DAN TEKNOLOGI


PERUBATAN


i. Al-Razi (Rhazes)

 Oleh Raja Charlse I dari Anjou diperintahkannya agar diterjemahkan kitab Al-Hawi (120 Jilid) ke bahasa Latin, bahasa rasmi ilmu pengetahuan di Eropah. 
  Pekerjaan ini dilakukan oleh Faraj bin Salim dan Girgenti pada 1279 dengan nama Liber Continens (Buku yang dapat diguna pakai di seluruh benua)

  Kitab Al-Razi yang lain, Al-Kitab Al-Mansuri (10 Jilid) diterjemahkan ke bahasa Latin di Milan pada akhir abad 15, dan kemudiannya ke bahasa-bahasa Perancis dan Jerman. 



ii. Ali Abbas (Haly Abbas)

  Menulis bukunya Al-Kitab Al-Maliki berupa sebuah ensaiklopedia tentang teori dan praktik perubatan. 
  Kitab yang diterjemahkan ke bahasa Latin iaitu Liber Regius ini diterbitkan beberapa kali, dan salinannya dalam bahasa Inggeris berjudul The Whole Medical Art.


 iii. Abul-Qassim Zahrawi (Abulcassis), 

 Kitabnya At-Tasrif telah diterjemahkan ke bahasa Latin dengan judul Medical Vademecum. Buku ini telah meletakkan asas kedoktoan gigi di Eropah.



iv. Ibn Zuhr (Avenzoar) 

  Bukunya berjudul At-Taisir telah diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1280 dengan judul Theisir oleh Paravicius, dan dalam basa Inggerisnya berjudul Facilitation of Treatment. 



v. Al-Kindi
  Banyak mengkaji tentang penyakit mata. Bukunya tentang ilmu optika telah disalin ke bahasa Latin dengan nama Optics dan salah seorang pengikutnya ialah Roger Bacon.



vi. Ibnu Rusyd

  Kitab Ibnu Rusyd Kulliyat fit-Tib telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Bonacosa pada 1255 dengan judul Colliget, dan salinan dalam bahasa Inggerisnya berjudul General Rules of Medicine



vii. Ibnu Jazlah

  Kalender Ibnu Jazlah (1100) tentang penyakit-penyakit dan cara mengubatinya diterjemahkan ke bahasa Latin pada 1532.



viii. Abu Ali Hasan al-Haitham

  Dikenali sebagai Alhazen di barat, merupakan Bapa Optik Moden. Pakat fizik dan perubatan yang terunggul melalui sumbangan terhadap kaedah optik dan saintifik. 
 Merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. 
 Beliau menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Abu Ali Hasan al-Haitham, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukannya dalam mata.



ix. Ibnu Sina (Avicenna)

 Nama sebenar ialah abu Ali Al-Hussain Ibn Andullah, dilahirkan pada tahun 981M di Afshana berhampiran Bukhara. 
 Merupakan pakar dalam bidang perubatan, sains, falsafah, muzik, matematik, puisi dan kaji bintang. 
 Digelar sebagai "Bapa Perubatan" oleh penulis-penulis Barat kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen, pengalaman ahli-ahli perubatan India dan Parsi serta hasil pengalaman beliau sendiri untuk diamalkan. 
 Kitabnya Al-Qanun fi at-Tibb (Canon of Medicine) dianggap sebuah ensaiklopedia lengkap dalam perubatan dan pembedahan dijadikan teks perubatan di Eropah mulai abad 12 hingga 17, diterbitkan dalam bahasa Latin sebanyak 15 kali dan dalam bahasa Hebrew sekali pada abad 15, dan pada abad 16 dicetak sebanyak 21 kali. 
 Menjadi rujukan ilmu perubatan yang mutlak selama beberapa abad dan tidak terbandingkan sehinggalah abad ke 19M. Selama 700 tahun, buku itu merupakan satu-satunya buku perubatan yang menjadi piawaian kepada orang lain. 
   Digelar Prince of Physicians oleh sarjana barat. 
 Berjaya mengenal pasti penyakit kencing manis dan batuk kering yang dikatakan sebagai penyakit berjangkit melalui tanah dan air. 
 Dikagumi kerana berjaya melakarkan satu tatacara pengubatan penyakit yang sehingga kini masih diikuti para pengkaji perubatan di mana faktor fizikal, psikologi, diet dan ubatan disatukan



MATEMATIK


Al-Khwarizmi

 Nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khwarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan.
 Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. 
 Salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah.
 Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.
 Pengasas kepada perkembangan dalam ilmu Algebra dan juga Trigonometri. Perkataan Algorithm berasal daripada nama Latin al-Khwarizmi iaitu Algoritmi, manakala istilah Algebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan dan penyeimbangan (pembandingan).
 Beliau menghasil sebuah kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu “Al-Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-jabr wa al-muqaabalah” (Buku keterangan ringkas tentang pengiraan menggunakan Al-Jabr dan Al-muqaabalah (penyempurnaan dan penyeimbangan)) yang menjadi rujukan terkenal dan juga pemula perkembangan ilmu algerba
 Pengembang sistem nombor yang dikenali sebagai Sistem pernomboran Arab dan India yang diguna pakai diseluruh dunia hari ini. Beliau juga antara orang pertama yang menyertakan angka sifar ‘0’ sebagai salah satu digit dalam sistem pernomboran dan memberi nilai kepada angka ‘0’. Beliau juga mengembangkan dan memperkenalkan sistem titik perpuluhan yang ada pada hari ini. 


ASTRONOMI


i. Ibnu Yunus (950-1009M)

 Ibnu Yunus juga diyakini para ahli sejarah sebagai orang pertama yang menggunakan bandul untuk mengukur masa pada abad ke-10 M. 
 Beliau menggunakan bandul untuk memastikan ketepatan dan ketepatan masa. 
 Dengan begitu, Ibnu Yunus merupakan penemu pertama bandul masa, bukan Edward Bernard dari Inggeris, seperti yang dituntut masyarakat Barat.
 Beliau juga telah mampu menjelaskan 40 planet pada abad ke-10 M. Selain itu, ia juga telah menyaksikan 30 gerhana bulan. Beliau mampu menjelaskan konjungsi planet secara tepat yang berlaku pada abad itu.
 Ibnu Yunus juga telah membuat formula masa. Ia menggunakan nilai cerun sudut putaran bumi terhadap bidang Ekliptika sebesar 23.5 darjah. Jadual tersebut cukup tepat, walaupun terdapat beberapa ralat untuk altitut yang besar. Ibnu 
Yunus juga menyusun jadual yang disebut Kitab as-Samt berupa azimuth matahari sebagai fungsi altitut dan longitude matahari untuk bandar Kaherah. 
 Sebagai bentuk pengakuan dunia astronomi terhadap kiprahnya, namanya diabadikan pada sebuah kawah di permukaan bulan. Salah satu kawah di permukaan bulan ada yang dinamakan Ibn Yunus.
  Beliau menghabiskan masa hidupnya selama 30 tahun dari 977-1003 M untuk memperhatikan benda-benda di angkasa. Dengan menggunakan astrolabe yang besar, hingga berdiameter 1.4 meter, Ibnu Yunus telah membuat lebih dari 10 ribu catatan mengenai kedudukan matahari sepanjang tahun.




ii. Al-Farghani

 Dia menulis mengenai astrolabe dan menerangkan mengenai teori matematik di balik penggunaan peralatan astronomi itu. Al-Farghani melakukan eksperimen untuk menentukan diameter bumi.
  Beliau memperincikan pula jarak dan diameter planet-planet lain.
  Ahli astronomi ini juga memperkenalkan istilah-istilah dari bahasa Arab asli seperti azimuth, zenith, nadir, dansebagainya.
  Al-Farghani menulis dua karya yang masyhur. Salah satunya adalah Fi al-Harakat al-Samawiya wa Jawami Ilm al-Nujum. Buku tersebut mengupas gerakan celestial dan kajian atas bintang.
  Naskah asli berbahasa Arab kedua-dua buku itu sampai saat ini masih tersimpan di Paris (Perancis) dan Berlin (Jerman).
 Pada abad ke-12 M, karya Al-Farghani telah diterjemahkan dengan judul The Elements of Astronomy. Terjemahan ini telah memberi pengaruh besar bagi perkembangan astronomi di Eropah sebelum masa Regiomontanus


iii. Al-Battani (858-929)

 Salah satu karyanya yang paling popular adalah al-Zij al-Sabi. Kitab itu sangat bernilai dan dijadikan rujukan para ahli astronomi Barat selama beberapa abad, selepas Al-Battani meninggal dunia.

  Beliau berjaya menentukan anggaran awal bulan baru, anggaran panjang matahari, dan membetulkan hasil kerja Ptolemy mengenai orbit bulan dan planet-planet tertentu.

 Al-Battani juga mengembangkan kaedah untuk mengira pergerakan dan orbit planet-planet. Ia mempunyai peranan yang utama dalam mengubahsuai astronomi moden yang berkembang kemudian di Eropah.



iv. Al-Sufi (903-986M)

 Merupakan sarjana Islam yang mengembangkan astronomi terapan. Ia berkontribusi besar dalam menetapkan arah laluan bagi matahari, bulan, dan planet dan juga pergerakan matahari. Dalam Kitab Al-Kawakib as-Sabitah Al-Musawwar, Azhopi menetapkan ciri-ciri bintang, memperbincangkan kedudukan bintang, jarak, dan warnanya 


v. Al-Zarqali (1029-1087M)

 Saintis Barat mengenalnya dengan panggilan Arzachel. Wajah Al-Zarqali diabadikan pada setem di Spanyol, sebagai bentuk penghargaan atas sumbangannya terhadap penciptaan astrolabe yang lebih baik.
 Beliau telah menciptakan jadual Toledan dan juga merupakan seorang ahli yang menciptakan astrolabe yang lebih kompleks bernama Safiha.


vi. Jabir Ibn Aflah (1145M)


 Sejatinya Jabir Ibn Aflah atau Geber adalah seorang ahli matematik Islam berbangsa Sepanyol. Namun, Jabir pun turut memberi warna dalam pengembangan ilmu astronomi.
 Orang barat menyebutnya, adalah saintis pertama yang mencipta sfera cakerawala mudah dipindahkan untuk mengukur dan menerangkan mengenai pergerakan objek langit.
 Merupakan adalah ahli astronomi Muslim pertama di Eropah yang membina sebuah balai cerap Giralda. Balai Cerap ini terletak di bandar kelahirannya, Serville.
 Adapun karya astronominya antara lain buku berjudul The Book of Astronomy.
 Dalam buku tersebut, Jabir dengan tajam mengkritik beberapa pandangan dan fikiran astronomi Ptolemaneus, terutama pendapat yang menegaskan bahawa planet-planet yang paling dekat dengan matahari-merkurius dan venus-tidak mempunyai nilai parallax, iaitu perubahan kedudukan suatu benda kerana perpindahan tempat pengamatan.
 Jabir sendiri memberi nilai parallax sekitar 3 darjah untuk matahari. Juga menyatakan bahwa planet-planet lebih dekat dengan bumi daripada dengan matahari.


vii. Al-Khwarizmi

 Beliau adalah salah seorang ahli falak (astronomi) dan menulis sekurang-kurangnya dua buah zij iaitu buku yang mengandungi jadual parameter nilai yang digunakan untuk menentukan kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet. 
 Zij penting dalam perkembangan ilmu astronomi hari ini. Zij al-Sindhind (jadual astronomi Sind dan Hind) adalah zij yang dihasilkan oleh Al-Khwarizmi yang berdasarkan keadah astronomi India yang dikaji beliau.


PENERBANGAN


i. Ibnu Firnas 

 Tokoh Islam pertama dalam bidang Penerbangan 
 Merupakan seorang polymath yang gigih mendalami pelbagai jenis ilmu antaranya kimia, fizik, kedoktoran, astronomi, dan juga sastra. 
 Beliau telah berjaya menemui pelbagai teknologi seperti jam air (jam yang dikendalikan oleh aliran air yang stabil), gelas lutsinar, alat pemotong batu kristal hingga peralatan simulasi cuaca yang dikatakan mampu menghasilkan petir buatan. 
 Meskipun begitu, masih menjadi teka-teki bagaimana Ibnu Firnas menghasilkan ciptaan peliknya. Namun di antara semua penemuannya, yang paling membanggakan dan dianggap salah satu tonggak sejarah adalah alat terbang buatannya. 
 Alat terbang Ibnu Firnas adalah sejenis ornithopter, yakni alat terbang yang menggunakan prinsip kepakan sayap seperti yang ada pada burung, kelawar atau serangga. 
 Pertama kalinya, beliau cuba menggunakan alat terbang ciptaannya di sebuah menara masjid di Cordoba pada tahun 852. Walaubagaimanapun, menjadi adat kebiasaan apabila percubaannya buat kali pertama menemui kegagalan dan menyebabkan beliau terjatuh namun terselamat kerana payung terjun yang dipakainya ketika melakukan percubaan.
   Kegagalan pertama memberi kesan yang positif kerana hasil dari kegagalan tersebut, manusia pada masa kini mendapat manfaat yang besar melalui penggunaan payung terjun tersebut.
 Seterusnya, sekitar tahun 875, ketika usianya mencecah umur 65 tahun,beliau dengan beraninya melakukan percubaan terbangnya yang terakhir bagi membuktikan kebenaran teori yang ditemuinya. 
 Percubaan tersebut dilakukan dari menara di gunung Jabal al-‘Arus iaitu di suatu tempat yang terletak di Cordoba dan disaksikan oleh segelintir pemerhati yang beranggapan bahawa Ibnu Firnas merupakan seorang yang kurang waras. 
 Akhirnya,percubaannya ketika itu telah membuktikan kebenaran tentang teori penerbangan yang penah dikaji oleh beliau sendiri. Namun, akibat dari pendaratan yang tidak sempurna, beliau mengalami cedera parah dan telah meninggal dunia 12 tahun kemudian iaitu pada tahun 887M. 
 Sebagai penghormatan pada Ibnu Firnas, sebuah lapangan terbang di Baghdad Utara telah dinamakan bersempena dengan namanya dan dinamai dengan Ibnu Firnas Airport dan bukti yang lain adalah dengan menamakan sebuah jambatan besar di Sepanyaol dengan nama Sevilla Abbas Ibnu Firnas Bridge.
 Tidak cukup dari itu, NASA juga telah mengiktiraf tokoh ilmuan Islam ini dengan menamakan sebuah kawah di bulan dengan nama Ibnu Firnas Crater. 


ii. Hezarfen Ahmad Celebi




 Pada tahun 1630-1632, beliau yelah berhasil menyeberangi selat Bosporus di Istanbul dengan menggunakan pesawat buatannya sejauh kira-kira 3 kilometer.

  Beliau telah berjaya mendarat dengan selamat.

No comments:

Post a Comment