15 April 2017

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI DUNIA


PERUBATAN
👉  Amalan perubatan Islam dipecahkan kepada 7 bahagian :-
               i) Penyembuhan
              ii) Sains Pergigian
             iii) Obsteterik
             iv) Ginekologi
              v) Sains Mata
             vi) Penyakit Kanak-Kanak
            vii) Psikiatri
                                                                                                           ( Mohd Koharuddin, 2002 )

👉  Tradisi perubatan Islam bermula dengan mengikut tradisi perubatan yang dimulakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mengubati penyakit terutama dalam penjagaan diet, sakit kepala dan lain-lain, tradisi ini dipanggil Tibb al-Nabi ( Medicine of the Prophet )

( Mohd Koharuddin, 2002 )  

👉  Kegemilangan Sains Dan Teknologi dalam kerajaan Abbasiyyah dipacu oleh faktor seperti peranan khalifah, peranan orang perseorangan, hubungan dengan negara luar dan amalan polisi sains negara yang mantap melibatkan kegiatan penterjemahan, penubuhan akademi seperti observatori dan perpustakaan, serta naungan kepada saintis dan penghasilan karya dalam bahasa Arab. 

( Roziah Sidik et.al, 2004 )

👉  Oftalmologi merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah seperti retina dan katarak yang digunakan dalam Oftalmologi sekrang adalah berasal dari orang arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. 

( Mohd Koharuddin, 2002 )

👉   Sumbangan Islam dalam bidang farmasi juga besar, melibatkan proses dan penyediaan ubatan yang lebih maju dan baik. Tamadun Islam telah memperkenalkan dos ubat seperti salap, serbuk, sediaan berminyak, pes, serbuk mata, pembalut, dentifis dan sebagainya. 

( Mohd Koharuddin, 2002 ) 

👉  Ibn al-Baitar melalui kitabnya al-Mughni fi al-Adawiyah al-Mufradah menyenaraikan tidak kurang daripada 1400 jenis ubat dari pelbagai sumber seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan galian. 

( Mohd Koharuddin, 2002 )

👉  Al-Kindi juga telah menghasilkan buku-buku penting yang berkaitan dengan ubat-ubatan terutama tentang ubat sebatian dan campuran yang kompleks. 

( Mohd Koharuddin, 2002 ) 

👉  Dalam tamadun Mesir, bidang perubatan merupakan profesion tertua. Orang Mesir merupakan masyarakat yang pertama menyelenggarakan buku-buku yang mengandungi senarai nama ubat-ubatan dan proses menyediakan ubat-ubatan tersebut. Antara bahan yang digunakan sebagai ubat ialah minyak jarak, mandragora, jintan putih, candu, tanduk rusa jantan, kulit penyu dan ketumbar. 

( Mohd Koharuddin, 2002 ) 
👉 Ilmu perubatan yang diasaskan oleh orang Mesir telah mempengaruhi masyarakat lain di seluruh dunia hingga mereka mempelajarinya seperti orang Rom, Parsi dan orang Arab sendiri. Pengalaman dan pengetahuan orang-orang Meir dalam bidang ini terkandung dalam teks-teks perubatan terutama yang dihasilkan ileh Thoth dan Imhotep. 
( Mohd Koharuddin, 2002






ASTRONOMI

👉  Orang Islam telah menterjemah banyak karya-karya Yunani kepada bahasa Arab. Selain Yunani,mereka juga menterjemah karya-karya astronomi dari Parsi,Syria dan India.Ilmu-ilmu astronomi ini telah diperkemaskan lagi oleh para sarjana Islam.
👉  Dakwaan yang mengatakan ummat Islam hanya pandai menterjemah adalah tidak betul. Mereka bukan sahaja menterjemah,malah melakukan banyak pembetulan terhadap kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karya yang diterjemah. 

👉  Tentu sekali sumbangan para pengkaji Islam sangat besar. Hal ini dibuktikan pada tahun 1935 apabila the International Astronomical Union telah menamakan formasi gunung-gunung yang terdapat di bulan menggunakan nama tokoh astronomi Islam. Contohnya al-Farghani (al-faraganus), al-Battani (al- Bagtanius), al-Sufi (azophi), al-Haytam (Alhazen), al-Zarqali (alzactel), dan lain-lain. 






MATEMATIK

👉Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baharu yang menjadikan ilmu matematik lebih mudah dipelajari. 
👉Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baharu termasuklah angka sifar. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik.
👉 Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan. 






PENERBANGAN

👉 Tuntutan peradaban Barat yang selama beberapa abad mengaku sebagai perintis di bidang aeroangkasa akhirnya tercabar. Kira-kira 600 tahun sebelum Roger Bacon dan Leonardo Da Vinci cuba untuk terbang menerokai angkasa, saintis Muslim di abad ke-9 M telah berjaya melakukan uji coba penerbangan dengan teknologi yang dikembangkannya. 
👉 Para ahli penerbangan dan sejarah Barat mengakui pencapaian peradaban Islam dalam dunia penerbangan yang sebelumnya tak pernah terpikirkan itu. '' Ibnu Firnas adalah manusia pertama dalam sejarah yang melakukan percubaan saintifik untuk melakukan penerbangan, '' ujar Sejarawan Barat, Philip K Hitti, dalam bukunya yang bertajuk History of the Arabs. 
👉  Pencapaian yang berjaya ditorehkan ilmuwan Muslim di era kejayaan Kekhalifahan Islam di Andalusia itu juga mendapat pengiktirafan dari pakar aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), Richard P Hallion. Dalam sebuah kesempatan, Hallion menyatakan, sejarah penerbangan dunia tak boleh melupakan pencapaian Ibnu Firnas.







No comments:

Post a Comment