15 April 2017

KEMAJUAN DALAM BIDANG PERUBATAN

SEJARAH PERUBATAN


i. Sebelum kedatangan Islam


😁 Ilmu Perubatan telah diambil dari pengaruh kuno dan kemudiannya dimajukan lagi sejajar dengan perkembangan tamadun ISLAM.

( Ismail Saad, 1985 )

😁 Ilmu kuno itu berasal dari ilmu perubatan Yunani atau Hippocrates dan juga amalan-amalan perubatan dari Tamadun India dan China

( Ismail Saad, 1985 )

😃 Pengaruh-pengaruh kuno ini kemudiannya  dimajukan lagi dengan disiplin ajaran ISLAM dan dibentuk dengan acuan ISLAM.

( Nizaita Omar, 2016 )


😊 Akibat daripada berlakunya peperangan, penyakit yang melanda umatnya serta serangan puak Barbarian yang menyerang Itali lalu meruntuhkan empayar Rom, kemajuan perubatan berkonsepkan aliran Yunani ini mulai runtuh kira-kira 200 tahun sebelum Hijrah.

( Ismail Saad, 1985 )


ii. Selepas kedatangan Islam


😃 Perkembangan ilmu perubatan amat menyerlah dan perkembangannya disokong sebagai fardhu kifayah yang lebih utama dari fardhu kifayah yang lain. Perkara ini diperakui oleh Imam al-Ghazali yang pernah membantah sikap masyarakat pada zamannya yang hanya menekankan persoalan fiqh semata-mata sehinggakan bidang perubatan ini dimonopoli oleh orang bukan Islam.

(al-Qardhawi, 1995)

😃 Kesyumulan dan Keagungan Islam yang tidak menolak sebarang bentuk ilmu kepada umatnya walaupun ianya daripada bukan Islam merupakan punca utama kegemilangan ilmu perubatan Islam.


( Nizaita Omar, 2006 )

😚 Antara faktor dalaman yang mendorong umat Islam untuk menguasai ilmu sains dengan cemerlang dan gemilang adalah wujudnya sifat keterbukaan dalam budaya ketamadunan dan keilmuan Islam.

( Alias Azhar, 2010 )

👨 Aplikasi dan implikasi sains juga menjadi lebih realistik dan bukannya sekadar mistik. 


( Alias Azhar, 2010 )


😂  Ibn Sina dan Al-Razi telah mengevolusi dan memberi suatu bentuk dan corak tersendiri kepada sistem ilmu perubatan Islam. 


( Mohd Koharuddin, 2002 )

😍 Perkembangan ilmu perubatan Islam ini dapat dikategorikan kepada dua tahap :-
            a) Era Penterjemahan ( Tahap Pertama )
            b) Era Penciptaan dan Perkembangan ( Tahap Kedua )

( Mohd Koharuddin, 2002 )





PERKEMBANGAN ILMU PERUBATAN ISLAM


( Mohd Koharuddin, 2002 )

No comments:

Post a Comment